Make your own free website on Tripod.com

 

Demikianlah serangkap pantun yang dapat saya petik semoga tuan-tuan dan puan-puan yang melawati laman web ini dapat datang kembali melawat saya. Tentunya tuan-tuan dan puan-puan ingin mengenali lebih dekat siapakah saya.

Nama yang diberi oleh kedua ibubapa yang tercinta ialah Mohd Suhaimi. Telah diputerakan pada pagi bulan April 1971 di rumah pusaka di Kampung Padang Temu Melaka. Saya merupakan anak yang ke 6 dari 9 orang adik beradik.

Saya telah pun mendirikan rumahtangga pada November 1999. Isteri tersayang bernama Mazni Bte Abu Bakar. Sekarang ini saya telah dikurniakan seorang putera yang comel yang dinamakan Muhamad Syamir Haziq.

Sekarang saya bekerja di syarikat Diversified Gateway Sdn. Bhd. sebagai "Network Engineer". Syarikat ini menjalankan perniagaaan di dalam bidang Telekomunikasi. Di antaranya pembekal penuh applikasi perhubungan Data untuk Bank2, syarikat insuran dan lain2 syarikat lagi. Pembekal penuh dalam applikasi untuk syarikat2 Telco bagi perhubungan berkelajuan tinggi.





Tuai padi antara masak Esok jangan Layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan